Isnin, 11 November 2013

Bilik terapi/pemulihan kanak2 berkeperluan khas

Assalamualaikum dan salam sihat,

Pemulihan kanak2 berkeperluan khas

Kami menjalankan terapi atau pemulihan carakerja (occupational therapy) dan rehabilitasi kepada semua jenis kanak2 khas termasuklah sawan, sindrome down, lembam, autisma, hiperaktif, cerebral palsy, perkembangan lewat, lahir tidak cukup bulan, epilepsi, lambat bercakap, lambat berjalan, suka mengamuk, degil dan lain2...

Pemulihan yang akan dijalankan adalah seperti : latihan motor halus, motor kasar, komunikasi dan bahasa, integrasi sensori, keberdikarian, tumpuan, kosenstrasi, aktiviti kreatif, terapi permainan, kemahiran bersosial, kemahiran berinteraksi, kemahiran menulis dan lain2...

Selain pemulihan yang kami jalankan, kami menitikberatkan kerjasama di antara pihak nurich otrc dan ibubapa/penjaga. Ini kerana berdasarkan pengalaman pegawai kami selama 13 tahun berkecimpung dalam menjalankan terapi, kerjasama yang terjalin akan mempercepatkan lagi proses pemulihan anak kerana terapi perlu dijalankan sepanjang masa bukan hanya selama 1 jam  ketika berada di pusat terapi sahaja...

Mendapat anak berkeperluan khas memang menyedihkan tetapi percayalah apa yang terjadi adalah ketentuan tuhan dan apa yang akan berlaku adalah bagaimana kita hidup dengan anak berkeperluan khas ini... Tak semestinya anak khas tidak memberi kebahagian kepada kita... Kebanyakan pelanggan kami, hidup mereka lebih baik selepas mendapat anak khas...

Oleh sebab itu, kami akan menubuhkan "kumpulan sokongan ibubapa/penjaga nurich otrc". Aktiviti yang akan dijalankan adalah seminar2 berkaitan pemulihan kanak2 khas, aktiviti riadah bersama, terapi berkumpulan khas untuk ibubapa/penjaga dan lain2 atas permintaan ibubapa/penjaga. Kumpulan ini boleh disertai oleh ibubapa/penjaga, guru-guru pendidikan khas atau sesiapa sahaja yang berminat.

Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda semua. Apa tunggu lagi, ambil tel anda dan dail@weechat@whatapps@sms kami di talian 013-7766967 atau sms@tel 019-7599976...  Sekiranya anda mempunyai akaun facebook carian : nurich occupational therapy & rehabilitation centre atau pegawai kami carian : vidyazandriah nurliza

Semoga apa yang dikongsikan pada kali ini dapat memberi manfaat kepada anda semua...

Jom "unlock your independency"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan